Thursday 16 May 2013

~TIP-TIP MENGURANGKAN BERAT BADAN~




  1. Pilih makanan yang tinggi kandungan air / serat dan rendah lemak

  2. Kurangkan makanan tinggi kandungan lemak (mentega,keju,makanan bergoreng)

  3. Tambahkan kekacang, bijirin, sayur-sayuran, dan buah-buahan

  4. Makan dalam kuantiti yang kecil

  5. Makan perlahan-lahan jangan "GELOJOH"

  6. Kurangkan pengambilan gula tepu dan minuman beralkohol

  7. Minum segelas air 30 minit sebelum dan selepas makan tetapi bukan semasa makan

  8. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

#Jagalah Berat Badan Anda Jangan Sampai Obesiti ^_^ 



TIP-TIP SENAMAN

Aktiviti fizikal penting dalam kehidupan seharian kita. Tak ada lah nanti kena OBESITI / KEGEMUKAN betul tak??? hmm... BETUL! BETUL! BETUL! Bak kata Upin & Ipin.Hahaha... Apa tip-tip dia ek??? hmmm... Mungkin apa yang aku tulis ni boleh di guna pakai jugak lah... Hehehe... 
Yang pertama kena lah berusaha, hehe.. macam selalu buat aktiviti FIZIKAL dalam kehidupan seharian. sebagai Contoh kalau nak pergi kedai jalan lah kaki.. jangan asyik naik motor jee... dah lah malas nak bersenam nak jalan kaki pun malas... Ish3x... makin suka lah lemak tu kat badan "KORANG" dan lagi satu kalau sapa yang rumah bertingkat-tingkat tu naik lah tangga kalau malas nak bersenam. Naik tangga kira bersenamlah jugak kan kan kan??? Hehehe..
Yang kedua, kena lah buat aktiviti rekreasi sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu. Tau tak aktiviti REKREASI macam mana??? Ha! Tak tau lah tu... Tak apa biar aku bagi tau... cehceh.. haha :) 1. Berjoging 2. Berbasikal 3. Berenang 4. Ber' BadmintonBola SepakBola Keranjang tapi jangan jadi MATA KERANJANG sudah... Hahahaha...


Yang ketiga, buat aktiviti santai, latihan kekuatan 2 hingga 3 kali seminggu pun dah cukup . "KORANG" tau kan aktiviti santai dan latihan kekuatan??? Macam "Regangan" , "Yoga" , "Menari" , "Angkat Berat" , "Bermain Golf" dan juga "Berkebun".


Yang keempat kurangkan aktiviti menonton televisyen dan bermain computer. Remaja sekarang kalau dah menghadap TV / Computer memang tak ingat dunia dah... Termasuk aku lah tu... Hahahaha... So jangan lah selalu sangat buat aktiviti mals tu... Tak bagus tak bagus =D
Yang kelima, mulakan aktiviti-aktiviti yang No 1,2,3 tadi dengan sasaran yang kecil "lepastu" tingkatkan dengan beransur-ansur. Jangan hentikan ruti senaman jadikan "bendatu" semua sebahagian daripada kehidupan seharian "KORANG".
Yang keenam, jadikan senaman yang di buat tu sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan ajaklah kawan-kawan barulah keseronokan bertambah. Tak ada lah bosan nanti kalau ada kawan.
Yang ketujuh, simpan rekod senaman kita untuk tujuan pada masa akan datang nanti. Membanggakan atau tidak membanggakan. Tapi aku percaya kalau "KORANG" buat tu dengan sungguh-sungguh mesti akan berjaya.  
So Don't Worry =D
Dan yang terakhir, elakkan mengambil atau memakan MAKANAN yang berat sejam sebelum dan selepas bersenam.
Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Harap berguna untuk "KORANG" tip-tip ni yeeee =D
~S E L A M A T M E N C U B A~  ^_^

Kekasih Awal dan Akhir



  Cinta itu kasih sayang
Jika cinta itu diberikan kepada kekasih
Mungkin satu hari
Cinta itu akan ditinggalkan kekasih 
Jika Cinta deberikan kepada harta benda
Satu hari kita akan tinggalkannya jua
Kasih sayang sejati ialah
Kasih awal dan akhir
Yang sejati dan suci
Iaitu kasih kepada ALLAH yang maha Esa

PERPISAHAN

 
 
Andai tahun depan kita bersama semula
Itu semua pasti kehendaknya 
Kita hanya laluinya sahaja
Dengan syukur tidak terhingga

Sebuah perpisahan tanpa rencana
menggamit kembali kenangan silam
Detik-detik manis yang kita lalui bersama
saat kita riang gembira
Disulami titisan air mata dan gelak tawa
Mewarnai jalinan sebuah persahabatan yang kita bina
 

 
 
 

KETAHUILAH

Walau seerat manapun persahabatan 
pasti ada pertelingkahan
Walau sebaik mana manusia
pasti pernah melakukan kesalahan
Walau hidup kita selalu gembira
pasti pernah terpalit duka
Walau sehebat manapun kita
pasti ada kelemahannya juga
Walau sekaya manapun kita
semuanya bukan untuk selamanya
Walau sejauh manapun terpisah
kalau jodoh pasti akan bersama.
#ketahuilah semua yang terjadi adalah atas kemahuannya

Pantun : Guru

 


A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


 





Saturday 11 May 2013

HARI IBU




Wahai ibu kau di hatiku,
Tempat kasih setiap waktu,
Membesarkan ku dari dahulu,
Menjadi orang yang berilmu.

Sejak kecil aku dipelihara,
Dibelai dimanja setiap masa,
Dilayan dijaga penuh mesra,
Dari bayi hingga remaja.

Hari ibu penuh bermakna,
Ingatanku tidak pernah lupa,
Perlu kukenang segala jasa,
Tiada ibu siapalah kita.


 


                       #I Love My Mom #Hafsa Binti Muntaha <3