Thursday 16 May 2013

TIP-TIP SENAMAN

Aktiviti fizikal penting dalam kehidupan seharian kita. Tak ada lah nanti kena OBESITI / KEGEMUKAN betul tak??? hmm... BETUL! BETUL! BETUL! Bak kata Upin & Ipin.Hahaha... Apa tip-tip dia ek??? hmmm... Mungkin apa yang aku tulis ni boleh di guna pakai jugak lah... Hehehe... 
Yang pertama kena lah berusaha, hehe.. macam selalu buat aktiviti FIZIKAL dalam kehidupan seharian. sebagai Contoh kalau nak pergi kedai jalan lah kaki.. jangan asyik naik motor jee... dah lah malas nak bersenam nak jalan kaki pun malas... Ish3x... makin suka lah lemak tu kat badan "KORANG" dan lagi satu kalau sapa yang rumah bertingkat-tingkat tu naik lah tangga kalau malas nak bersenam. Naik tangga kira bersenamlah jugak kan kan kan??? Hehehe..
Yang kedua, kena lah buat aktiviti rekreasi sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu. Tau tak aktiviti REKREASI macam mana??? Ha! Tak tau lah tu... Tak apa biar aku bagi tau... cehceh.. haha :) 1. Berjoging 2. Berbasikal 3. Berenang 4. Ber' BadmintonBola SepakBola Keranjang tapi jangan jadi MATA KERANJANG sudah... Hahahaha...


Yang ketiga, buat aktiviti santai, latihan kekuatan 2 hingga 3 kali seminggu pun dah cukup . "KORANG" tau kan aktiviti santai dan latihan kekuatan??? Macam "Regangan" , "Yoga" , "Menari" , "Angkat Berat" , "Bermain Golf" dan juga "Berkebun".


Yang keempat kurangkan aktiviti menonton televisyen dan bermain computer. Remaja sekarang kalau dah menghadap TV / Computer memang tak ingat dunia dah... Termasuk aku lah tu... Hahahaha... So jangan lah selalu sangat buat aktiviti mals tu... Tak bagus tak bagus =D
Yang kelima, mulakan aktiviti-aktiviti yang No 1,2,3 tadi dengan sasaran yang kecil "lepastu" tingkatkan dengan beransur-ansur. Jangan hentikan ruti senaman jadikan "bendatu" semua sebahagian daripada kehidupan seharian "KORANG".
Yang keenam, jadikan senaman yang di buat tu sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan ajaklah kawan-kawan barulah keseronokan bertambah. Tak ada lah bosan nanti kalau ada kawan.
Yang ketujuh, simpan rekod senaman kita untuk tujuan pada masa akan datang nanti. Membanggakan atau tidak membanggakan. Tapi aku percaya kalau "KORANG" buat tu dengan sungguh-sungguh mesti akan berjaya.  
So Don't Worry =D
Dan yang terakhir, elakkan mengambil atau memakan MAKANAN yang berat sejam sebelum dan selepas bersenam.
Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Harap berguna untuk "KORANG" tip-tip ni yeeee =D
~S E L A M A T M E N C U B A~  ^_^

No comments:

Post a Comment